Thursday, April 25, 2013

MINGGU 17 (2013)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN MORAL T4/SEJARAH T4

MINGGU 17

Tarikh
22.04.2013 (Isnin)
Kelas
4K4
Masa
08.15pg-09.25pg
Subjek
Sejarah
Tajuk
Bab 5: Kerajaan Islam Di Madinah
        5.1: Perjanjian Aqabah Pertama Dan Perjanjian Aqabah Kedua
        5.2: Hijrah
Objektif P&P
Di akhir pengajaran, pelajar dapat:-
i)                    Menyatakan kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.
ii)                  Menerangkan maksud hijrah dalam Islam.
iii)                Menyenaraikan sebab-sebab Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.
Hasil Pembelajaran
Membolehkan pelajar menghuraikan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua serta menghuraikan maksud hijrah.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah mendapat pendedahan awal tentang reaksi masyarakat Arab Makkah terhadap penyebaran Islam.
Aktiviti
Kajian peta Semenanjung Tanah Arab mengenai hijrah Nabi Muhammad, perbincangan, menjawab soalan kuiz.
ABM
Papan hitam, buku teks, buku rujukan
KBKK
Menghuraikan, menyenaraikan.
Nilai/unsurtingkah laku patriotisme
Toleransi kaum melahirkan masyarakat cemerlang.
·         Saling menghormati.
Istilah/Konsep
Perjanjian Aqabah, hijrah.
Refleksi Kendiri
40%pelajar sukar membezakan isi Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. 60% pelajar memahami topik yang diajar.



Tarikh
23.04.2013- 24.4.2013 (Selasa & Rabu)
Kelas
6AK4
Masa
07.05pg-12.40tgh
Subjek
Pembentangan PBS pelajar.


Tarikh
25.04.2013 (Khamis)
Kelas
4K2
Masa
07.05pg-08.15pg
Subjek
Pendidikan Moral
Tajuk
Bab 2: Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
       2.4: Nilai Tanggungjawab Terhadap Keluarga
Objektif P&P
Di akhir pengajaran, pelajar dapat:-
i)                    Menyatakan kepentingan mengeratkan hub ungan kekeluargaan.
ii)                  Mengambil berat dan saling membantu sesame anggota keluarga.
iii)                Menghadapai cabaran dan dugaan bersama anggota keluarga.
Hasil Pembelajaran
i)                    Bertanggungjawab terhadap keluarga bagi membentuk keluarga bahagia.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah mendapat pendedahan awal tentang nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan.
ABM
Buku teks, Buku rujukan, papan hitam.
Aktiviti
Penerangan, perbincangan dan membuat latihan.
Penerapan Nilai
Nilai bertanggungjawab terhadap keluarga.
KBKK
Menjana idea.
Refleksi
Kebanyakan pelajar memahami topik yang diajar.


Tarikh
25.04.2013 (Khamis)
Kelas
4K9
Masa
09.40pg-10.55pg
Subjek
Pendidikan Moral
Tajuk
Bab 2: Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
       2.1: Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Objektif P&P
Di akhir pengajaran, pelajar dapat:-
i)                    Menghargai jasa ibu bapa.
ii)                  Membuat soalan latihan di dalam buku teks.
iii)                Membuat persembahan lirik lagu yang bertemakan kasih sayang terhadap keluarga.
Hasil Pembelajaran
i)                    Meraikan hari-hari istimewa keluarga sebagai menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah mendapat pendedahan awal tentang nilai kesederhanaan.
ABM
Buku teks, Buku rujukan, papan hitam.
Aktiviti
Pelajar membuat persembahan mengenai ciptaan lirik lagu bertemakan nilai kasih sayang terhadap keluarga.
Penerapan Nilai
Nilai kasih sayang terhadap keluarga.
KBKK
 Menjana idea.
Refleksi
Kebanyakan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas yang dijalankan secara berkumpulan.


Tarikh
26.04.2013 (Jumaat)
Kelas
5K4
Masa
10.40pg-11.40pg
Subjek
Sit-in





1 comment:

  1. Semakan RPH minggu 16-17:
    Terima kasih keran menulis dan menyediakan blog yang telah dirancang dengan baik dan dikemaskin.

    ReplyDelete